Jumat, 04 Februari 2011

Taqwa Adalah Akhlak Mu'min


Bismillahir rohmaanir rohiim..
Assalamu'alaikum 'Warahmatullahi 'Wabarakatuh

Tahukah saudaraku sekalian…?

Ketaqwaan adalah simbol atau lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah.Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa seringkali dikaitkan sebagai sifat kejayaan  dan kebahagiaan manusia di  akhirat.

Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a,
Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam Bersabda : 
Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah setiap perbuatan dosa dengan mengerjakan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji.” (Riwayat al-Tirmizi)

Alloh Azza Wa Jalla Berfirman :
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan ( QS.An -Nahl : 128 )

Berdasarkan saranan Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam tersebut dapat disimpulkan bahawa taqwa adalah sifat yang sangat penting pada seseorang Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Malah ia adalah lambang dan simbol utama keteguhan iman yang terpahat dalam hati Muslim.

Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.( QS. Luqman : 22 )

Namun, segelintir umat Islam hari ini belum memahami pengertian taqwa yang sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan harian.
Nabi Sallallhu 'alaihi Wasallam. menjelaskan lagi konsep taqwa sebagaimana dalam hadis berikut :

Sesiapa yang menyebut kalimah
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga.”Kemudian baginda ditanya: “Apakah maksud ikhlas itu?”.
Baginda menjawab : “Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.”

Alloh Azza Wa Jalla Berfirman :

Sesungguhnya kalau mereka beriman dan bertakwa, (niscaya mereka akan mendapat pahala),dan sesungguhnya pahala dari sisi Allah adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.( QS.Al- Baqarah : 103 )

Pendek kata, ketaqwaan menurut Al Quran dan Hadits adalah menunaikan segala amalan yang difardhukan dan meninggalkan segala yang diharamkan Allah dan RasulNya. Inilah pengertian umum bagi taqwa yang sekurang-kurangnya perlu dimaklumi dan dihayati oleh umat Islam dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran pada hari ini.

Ibnu Abbas pernah menyatakan :
“Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya.
Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan Rahmatnya dan keredhaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya.”...Wallahu'alam Bishawab ..

Jika ada yg bnar s'mata2 hanya dari Allah Azza Wa Jalla sdangkan jika ada yg salah krena kesalahan saya yg dhoif ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar