Selasa, 15 Februari 2011

Akhirnya ! Dijumpa sanad untuk hadith Nur Muhammad dari Musonnaf Abdul Razak


Bismillahir rohmaanir rohiim..
Assalamu'alaikum Warahamatullahi Wabarakatuh..


Bismillah was solaatu was salaamu a’la Rasulillah,

Ana terbaca sebuah artikel bertajuk ”
Secebis Perbahasan Tentang Nur Muhammad ”

Apa yang amat menarik perhatian adalah kata2 pengarang :


“ Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah  Al Qastholany , seorang Imam Hadis yg ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak karangan bermutu khususnya tentang hadis. Pengarang Syarah Hadis Bukhary , Irsyadus Sari 10 jilid.

Latarbelakang beliau boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juz 8 ms 121 , dan beberapa buah kitab Thabaqat Ulamak. Kitab Mawahib yg mencatit Hadis tersebut diSyarahkan oleh  Al  Allamah  Zurqoni,  Pensyarah Kitab Hadis Muwata  Imam Malik 4 jilid.

Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya : Di  juzuk 1, berkenaan hadis tersebut, “Meriwayatkan Abdur Razaq bin Hammam bin Nafi’  al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma’mar dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( Yaitu Athsauri dan Al Uyainah) dan  Al Auzaie dan  Khlaq (segolongan  yg ramai) ,dan (meriwayatkan juga)dari Nya ( Khalq atau dhamir “Nya” merujuk kepada Ma’mar dan seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya, ( oleh yg demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak ) yang terang nyata , jika tidak begitu  maka ianya adalah berdasarkan madlul yg telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu”. Wallahu A’lam.”

Bagi mereka yang pernah mengikuti pembahasan ” Nur Muhammad ” tentu pernah terbaca hadith masyhur yang digunakan oleh golongan ‘ Pro Nur Muhammad ‘ iaitu hadith yang kononnya terdapat didalam kitab Musannaf Abdul Razzak dari Jabir r.a :
beliau berkata; ” Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu ! .

Bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam : Ya  Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah  Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala. Pada hal tiada pada waktu itu lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada Malaikat tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada jin dan tiada manusia…..hingga akhir al hadis. “

Kita mungkin tahu bahawa para ulama hadith telah mengatakan bahawa hadith ini tidak ada didalam mana-mana kitab Imam Abdul Razak terlebih lagi dikitab ” Musannaf ” beliau yang masyhur.

Maka itu agak terkejut juga membaca kata pengarang artikel diatas bahawa Az-Zurqany telah mendatangkan sanadnya dari Abdul Razak hingga ke Jabir r.a hingga ke Rasulillah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Kemudian pula beliau mengandaikan bahawa tentu Az-Zurqany yang merupakan seorang muhaddith memiliki sanad beliau sendiri dari beliau hingga ke kitab Musannaf tersebut.

Setelah beberapa hari mengkaji, dengan izin Allah akhirnya ana terjumpa   kitab Az-Zurqany tersebut dari internet. Dan mujur ia dalam bentuk pdf discan dari kitab cetakan aslinya.

Didalam juzuk pertama muka surat 56 memang betul ada kata-kata tersebut. Tetapi bila diamati terjemahannya dengan bahasa arabnya kecewa sungguh…
Kita nukilkan sekali lagi terjemahan pengarang :

Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya : Di  juzuk 1, berkenaan hadis tersebut, “Meriwayatkan Abdur Razaq bin Hammam bin Nafi’  al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma’mar dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( Yaitu Athsauri dan Al Uyainah) dan  Al Auzaie dan  Khlaq (segolongan  yg ramai) ,dan (meriwayatkan juga)dari Nya ( Khalq atau dhamir “Nya” merujuk kepada Ma’mar dan seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya, ( oleh yg demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak ) yang terang nyata , jika tidak begitu  maka ianya adalah berdasarkan madlul yg telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu”. Wallahu A’lam.”
Ana katakan : Dari mana datang tambahan ‘ hal keadaan ” ini?

Terjemahannya seharusnya begini :

(( Telah meriwayatkan Abdul Razak )) ibn  Hammam bin Nafi’  al Himyari Maula mereka, Al-Hafiz Abu Bakr As-Sana’any. salah seorang terkemuka.

Beliau meriwayatkan dari Ma’mar, Ibnu Juraij, Malik, Sufyanain, ( 2 Sufyan ), Al-Auzaie dan  Khalqun (segolongan  yg ramai) ,dan (meriwayat )dari beliau Ahmad dan Ishaq dan selain dari merek berdua. Beliau wafat tahun 211H di Baghdad pada umur 85 tahun.

(( dengan sanadnya )) penerangan [dari kalimat ' meriwayatkan '  (  روى)] sedangkan ( madlulnya ) maksudnya sama dengan kalimat ” meriwayatkan “.

Ini teks bahasa Arabnya :

(( و روى عبد الرزاق )) بن همام بن نافع الحميري مولاهم الحافظ أبو بكر الصنعاني أحد الأعلام. روى عن معمر و ابن جريج و مالك و السفيانين و الأوزاعي و خلق و عنه أحمد و إسحاق و غيرهما. مات سنة إحدى و عشرة و مائتين ببغداد عن حمس و ثمانين سنة. بسنده )) إيضاح و إلا فهو مدلول روى ))


Dengan diatas jelas bahawa Az-Zurqany bukan mendatangkan sanad beliau untuk hadith ini. Beliau hanya mengulas dengan memberi pengenalan ( ta’reef ) ringkas tentang biografi Abdul Razak seperti yang biasa dibawakan oleh para pengulas kitab. Beliau sebutkan nama nasab keturunannya, gelarannya, perawi yang meriwayatkan dari beliau dan guru2 beliau hinggalah tarikh wafat beliau. Konteksnya adalah dengan nada ini.

Sebab itu mustahil kata2 diatas adalah sanad hadith ini. Mustahil hadith ini beliau riwayatkan dari semua guru2 beliau diatas. Guru yang disebut namanya ada 6 sekaligus, bahkan jika menurut fahaman pengarang artikel, termasuk juga semua guru-guru beliau ( Khalq ) yg jumlahnya mungkin mencapai ratusan.
Sedangkan kita tidak pernah jumpa didalam mana2 kitab ada riwayat seorang murid dari ratusan gurunya sekaligus untuk satu hadith! Apa lagi dalam kitab Musannaf Abdul Razak rhm.

Dan ini juga tentu bukan riwayat murid-murid beliau darinya seperti Imam Ahmad dan Ishak, kita tidak bertemu dengan mana2 kitab yang menyebutkan riwayat ini dalam kitab Musnad Imam Ahmad atau Masailnya.

Dan seperkara lagi, diantara 6 guru2 Abdul Razak tadi yg disebut namanya, tiada seorangpun yang bertemu Jabir r.anhu, sahabat Nabi yang meriwayatkan hadith ini. Semua mereka masih di tobaqah sebelum tabien, jadi antara mereka dengan Jabir r.a  masih terputus sanadnya.

Ana tidak tahu apakah kesilapan fatal ini disebabkan kelemahan bahasa Arab, gagal memahami kata2 ulama atau satu lagi pengkhianatan ilmu dan pembohongan.

Ia tentu sekali bukan datang dari Az-Zurqany. Walaupun beliau seorang sufi dan menyokong konsep Nur Muhammad ini , beliau tidak sampai tergamak mengada2kan sanad untuk hadith yang diketahui ramai tiada bersanad dan tidak wujud dalam mana2 kitab Abdul Razak.

Benar, yang mengatakan hadith ini riwayat Abdul Razak adalah al-Qastalaany, pengarang matan kitab Mawahib Laduniyah ini. Tetapi beliau sekadar menukilkan begitu sahaja seperti orang2 sebelum dan selepas beliau (( Telah meriwayatkan Abdul Razak dengan sanadnya … )).

Walaupun beliau tergolong seorang ulama hadith, tetapi kata2 beliau semata bukan satu hujjah, tidak dibenarkan taqlid buta disini, kita mesti bertanya dalilnya, apakah sanadnya ? Di juzuk dan bab apa hadith ini diriwayatkan?

Sebabnya mudah. Kita perlu melihat sanad hadith untuk memeriksa para perawinya, apakah ia memenuhi syarat2 hadith sahih. Mentelah lagi hadith  ini ingin dijadikan hujjah berkaitan dengan masalah penting, masalah akidah. Jika mengikut syarat Asyairah, jangan kata hadith lemah, hadith sohih pun tidak boleh dibuat hujjah untuk akidah, ia mesti Qur'an atau hadith mutawatir!

Perkara lain yang menolak dakwaan bahawa hadith ini ada dalam nuskhah milik Az-Zurqany sebagaimana yang diandaikan, ketika mensyarahkan akhir hadith ini beliau berkata setelah mensyarahkan 4 bahagian nur terakhir bahawa darinya diciptakan :

1) Nur Absaril ( penglihatan ) Mukminin2) Nur Hati2 mereka iaitu makrifah billah3) Nur bermesra mereka ( نور أنسهم) iaitu Tauhid La ilaha illa Allah Muhammadun rasulullah

kata az-Zurqany : ”

Dan beliau tidak menyebutkan bahagiannya yang keempat, maka hendaklah dirujuk kitab Musannaf berserta baki hadithnya. Sesungguhnya al-Baihaqy telah meriwayatkannya dengan sebahagian percanggahan. ” (1/57 )

Jika beliau memiliki kitabnya yang memuat riwayat ini tentu beliau akan mendatangkannya. Perhatikan juga bahawa beliau hanya mengisyaratkan kepada riwayat al-Baihaqy.

Ana sempat melihat sambungan hadith ini, memang tiada sebut bahagian keempat yang diciptakan dari nur ini ! Apakah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam terlupa sebut? Mungkin dah terlalu panjang menjela. Satu bahagian nur dibahagi empat, satu lagi bahagian bagi empat, kemudian dibagi empat lagi dan lagi …

  • Kesimpulan :
Hadith Jabir tentang Nur Muhammad sebagai ciptaan pertama sebelum Arsy, syurga neraka dan segala2nya tidak syak lagi adalah hadith maudhu’.

Demikian yang dihukum oleh ulama2 hadith.

Berkata Imam Suyuti rhm : ”
Ia tidak mempunyai sanad yang boleh disandarkan. “  [Al-Hawi lil Fatawi : ( 1/223 )]

Hatta seorang Ulama sufi al-Ghumary mengkomen kata Suyuty tadi : ” Ia  merupakan satu tasahul ( hukum ringan ) yang buruk, bahkan hadith ini kepalsuannya zahir , jelas kemunkarannya, bernafas sufi … dan yang menghairankan, Suyuty telah menisbahkannya kepada Abdul Razak sedangkan ia tidak wujud didalam ” Musannaf ” mahupun ” Tafsirnya “, tidak juga di ” Jami’nya “. Dan yang lebih menghairankan dari itu, terdapat segolongan orang2 ” Syinqity ” telah percaya penisbahan yang salah ini lalu mengada2kan sanad dari Abdul Razak, sampai ke Jabir r.a dan Allah tahu bahawa semua ini tidak ada asalnya. Maka Jabir r.a tiada kena mengena dengan riwayat hadith ini, dan Abdul Razak tidak mendengarnya. ” [ Mulhaq Qasidah Burdah ms 75].

وهو حديث موضوع لو ذكره بتمامه لما شك الواقف عليه في وضعه ، وبقيته تقع في ورقتين من القطع الكبير ؛ مشتملة على ألفاظ ركيكة ، ومعاني منكرة


Didalam tempat lain beliau berkata : “  Ia adalah hadith maudu’, jika beliau sebutkan hadith hingga keseluruhannya tentu seorang yang mendengarnya tidak akan ragu2 akan kepalsuannya, dan baki hadith memenuhi dua lembaran yang besar, yang mengandungi lafaz yang janggal dan makna yang munkar. “

( المغير على الأحاديث الموضوعة في الجامع الصغير(المقدمة:ص/7) )

Sengaja dinukilkan kata2 dua ulama tadi kerana tersohornya mereka dengan kesufian mereka dikalangan ahli sufi. Adapun kata2 ulama salafi memang banyak.

Nukilan ulama2 hadith tentang hadith ini  telah dikumpulkan dipelbagai artikel dan kitab. Ia bukan tujuan post ini. Pembahasan tentang kandungan hadith2 Nur Muhammad juga ada ditempat lain.

Semoga apa yang disebutkan diatas memberi pencerahan tentang dakwaan sanad hadith Jabir ini. Berkata Imam Malik rhm : “Semua kata2 boleh diambil dan ditolak, kecuali kata2 penghuni kubur ini ( Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ).“

Sanad ini sebahagian dari agama, tanpa sanad, akan berkata siapa sahaja apa juga yang ingin dikatakan..Wallau a’lam Bishawab.

Semoga bermanfaat untuk kita semua ... Amiin Ya Rabb

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْك

Tidak ada komentar:

Posting Komentar